Tuesday, May 29, 2012

Jom Cakna: Isu Syria


BismiLLAHi Rahmani Rahim.



~ Al-Azhar, Kaherah ~


Jom cakna!!! 


InsyaALLAH, ia adalah satu 'segmen' terbaru dlm blog ini yg ana wujudkan khas utk menarik perhatian para pembaca utk cakna & prihatian kpd isu² semasa yg melibatkan saudara² kita, bukan sahaja di Malaysia, akan tapi mencakupi seluruh dunia, antara yg terlepas pandang ataupun yg masih dlm pemerhatian kita.

Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan utk merintis kemenangan... Ameen.


Syria.

Org kata lepas Tunisia, Mesir & Libya, gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang & perancangan ALLAH jugalah yg terbaik. ALLAH belum izinkan bahkan ALLAH uji lagi hambaNYA & juga saudara² kita di sana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yg membunuh org awam yg setakat ini sudah beratus² ribu org yg gugur syahid. 
✔Ada yg diseksa dengan kejam. 
✔Ada yg dibunuh anak² mereka di hadapan mata. 
✔Ada yg isterinya diperkosa. 
✔Ada yg disembelih di hadapan keluarga sendiri. 
✔Ada bayi yg disumbat ke dlm ketuhar. 
✔Ada dibunuh kejam & menyakitkan, tanpa mengira usia & jantina.

Kanak², orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yg tidak sehaluan & menentang kerajaan akan dibunuh & diseksa.

Adik Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dgn pisau sembelihan tentera Bashar.

Hanya krn mereka menuntut keadilan & ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yg kejam lagi zalim.

❝Ya ALLAH, selamatkanlah saudara² kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan... Ameen.❞

 

Gambar sebahagian rakyat yg Syria yg dibunuh dgn kejam.

Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.

Sedikit info (utk bacaan lanjut klik sini)

Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad & org yg sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun sepertimana yg dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman & Libya. Mereka;
✔mencuri harta² rakyat & memakannya dgn cara yg haram,
✔memenjarakan rakyat sendiri, 
✔membunuh para ulama, 
✔melakukan pembunuhan beramai², 
✔merogol & mencabul kehormatan wanita², 
✔menghalang perempuan beriman drpd memakai hijab,
✔ menindas org yg lemah seperti org tua & kanak².

Komposisi rakyat Syria: 
✔6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 
✔10% beragama Kristian, 
✔84% Muslim Ahlussunnah Wal Jamaah (ASWJ). 

Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez & Basyar yg membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yg menyokong tindakan Hafez yg merupakan Syiah Alawiyah. 

Beliau seterusnya menyebut sifat² Syiah yg begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin & isteri² Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran & Hizbullah di Lubnan yg berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan 
✔kematian 8,500 org penyokong revolusi, 
✔39,000 org cedera, 
✔sementara 19 doktor serta 40 org pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh 
✔180,000 tahanan dlm penjara diseksa yg mana 413 org darinya mati dlm tahanan.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yg tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan & dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama tentera rejim ASSAD di SYRIA. Disiyat & direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya, kemudian dipukul kepalanya hingga mati.

❝Ya ALLAH, berikanlah pertolongan & kekuatan kpd pejuangMU... Ameen.❞

Pandang kpd keupayaan kita.

Ana selalu bercita² utk tumbangkan kezaliman. Dari isu Palestin hingga ke isu Syria. Kalau boleh, ana mahu mengangkat senjata bersama mujahid² & melindungi saudara-mara seagama di sana.

Sentiasa berangan sebegitu krn bagi ana mereka itu sebahagian dari diri ana juga. Kalau mereka terseksa, ana juga akan rasa terseksa juga. Mereka dizalimi, ana pun turut sama merasai kezaliman tersebut.

Namun, sesekali ana jadi buntu. 

"Apa yang perlu ana buat?"

Nak angkat senjata bersama para mujahidin di medan jihad? 

Sanggup? 

Mungkin. 

Tapi mampukah?

Nak pergi tolong mereka carikan tempat perlindungan & siapkan bala tentera utk melindungi mereka?

Huhh.. jauh betul.

Puas ana fikir.

Apa yg boleh ana buat agar dapat memberi kesan walau sedikit kpd para² penzalim ini? 

Biar dgn apa yg ana usahakan ini menyebabkan mereka ini tidak senang duduk. 

Hurmmm...

Kemudian ana kembali memandang kpd diri. Melihat apa keupayaan yg ada.

Alhamdulillah...
683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada kaki, tangan, sihat & hidup dgn selesa. 

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada blog, yg ana boleh tulis di dlmnya apa sahaja yg ana mahukan.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada peluang utk menuntut ilmu & duduk dgn para ulama`, amilin & muktabar.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada jemaah yg boleh ana berikan kesedaran agar dapat bergerak.

683158xrji3b6lpi.gif (32×29)Ana ada ramai sahabat² yg sefikrah.

Itu keupayaan yg ana ada. Namun secara logiknya, ana lihat ia tidak cukup utk memberikan satu impak walau sedikit kpd musuh² ISLAM & para penzalim tersebut.

Ia membuatkan ana terus berfikir & berfikir. 


Konklusi yg ana dapat ialah:

1) Perjuangan setiap org itu berbeza. 

ALLAH tidak membebankan seseorg itu dgn bebanan yg tidak sanggup utk dia bebani. Makin kuat iman seseorg makin kuat ALLAH mengujinya. 

Kita kena ingat, berjuang itu perlu tapi mungkin definasi perjuangan itu berbeza bagi setiap org. 
✔Mungkin ada yg ALLAH campakkannya dlm perjuangan menuntut ilmu krn itu yg mampu dia tanggung & org lain tidak mampu menanggungnnya. 
✔Mungkin juga, ALLAH campakkan seseorang itu ALLAH campakkan mereka ke medan jihad & peperangan krn itu yg mampu mereka tanggung. 

Tapi, yg penting ialah KITA ADA PERANAN DLM PERJUANGAN MASING². Kekallah bermujahadah & bersungguh² dlm perjuangan. Sedarlah, ramai lagi yg lebih sukar perjuangannya drpd kita!!!  


2) ALLAH mahu kita bergerak. 

ALLAH beri 'signal' kpd org mukmin supaya bergerak. Jgn terlalu berangan² panjang utk berfoya² di dunia. 'Signal' yg menyeru kita bergerak utk menuju ILAHI dlm keadaan redha & diredhai. 
✔ALLAH mahu kita berhenti dari bersuka-ria di dunia yg sementara & dipenuhi dgn masalah. 
✔ALLAH mahu lihat usaha kita. 
✔ALLAH mahu lihat kecaknaan kita. 
✔ALLAH mahu lihat sejauhmana pengorbanan kita. 


3) Kita ada peranan, mereka pun sama.

ALLAH menegur manusia yg semakin lupa peranan mereka. Teguran itu hanya akan diangkat bila org yg ditegur itu mula sedar & kembali mengingati apa peranannya. 

Kita pula bagaimana? 

Memberi kesedaran kpd masyarakat itu peranan kita, jangan marahkan si penzalim jika mereka tidak menjalankan peranan mereka, kalau kita pun sama. 

Hakikatnya si penzalim itu perlu ada krn dia hadir sebagai peringatan buat kita yg lupa akan peranan sendiri. Ayuh kita laksanakan peranan kita, insyaALLAH apabila kita sedar peranan kita, ALLAH akan kembali teguran, saat itu ISLAM mencapai kemenangan. 


4) Semua ini percaturan ALLAH.

Segala yg berlaku ini merupakan percaturan ALLAH. ALLAH tidak menzalimi hambaNYA. Yakinlah ALLAH sentiasa memeliharanya. Yg perlu ada pd kita sekarang ialah percaya & terus percaya & jangan berputus asa. 

Semua percaturan ALLAH itu adalah yg terbaik buat hambaNYA, kalau pun gugur dlm perjuangan krn disiksa, nescaya kelak ALLAH akan balas dgn syurga yg penuh nikmat.

SubhanaALLAH.

❝Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dlm golongan syuhada`mu... Ameen.❞





Subhanallah..lihatlah video ni sahabat-sahabat..:'(

PESAN TOK GURU: Masa Depan Kita Ialah Akhirat.


‎
"Masa depan kita sebenar ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadaikan masa depan, ertinya hendaklah berfikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat." Al Fadhil TGNA

Friday, December 30, 2011

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud
di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya: > Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...