Friday, June 1, 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..


Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.
cinta sang pencinta
Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. 
Moga perpisahan ini demi mencapai Redha-Mu Ya Rabb..:')

Wednesday, May 30, 2012

La Tahzan

Bismillah.. Assalamualaikum.. Apa khabar iman sahabat pembaca sekalian? Moga sentiasa bertambah dan terus bertambah..Andai berkurang muhasabah dan beristigfarlah mohon keampunanNYA..Moga dalam redhaNYA sentiasa..Insya Allah..


Kadang-kadang mengapa hati wanita sering bersedih? Mungkin kerana hati wanita itu sangat lembut dan mudah terhiris..dah memang wanita begitu kan..:) lumrah..:)


Teringat kembali soalan ni glamour jugak lah..


Soalan yang ditujukan kepada ustaz Azhar Idrus : "Ustaz,kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu.Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
"PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI
PENAWAR...
 


P/S : Jadikan setiap titisan air matamu menjadi suatu yang tak ternilai harganya.. dengan mengalirkannya kerana Allah dan RasulNya, samada disebabkan mengenangkan setiap dosa yang telah dilakukan jiwa, atau kerinduan kita kepada Dia dan juga RasulNya ataupun apa sahaja yang berkait denganNya..

Jangan bazirkan air matamu kerana harta, wanita / lelaki ataupun dunia, kelak ia membuatkan diri kita menjadi sangat dhaif lagi hina, malah turut membuatkan jiwa kita binasa..

Renungan buat diriku serta sahabat2 semua... Kenapa harus bazirkan sesuatu kerana suatu yang bersifat sementara, sedangkan ada peluang untuk membuatkan ia tak ternilai disisiNya untuk selama-lamanya :)

Tuesday, May 29, 2012

Hadis Peringatan Jauhi Zina



‎”Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.” (Riwayat Al-Hakim)
“Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya.” (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)
” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk.” (Riwayat Al-Bazaar)
“Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja.” (Sahih Muslim).
“Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya.” (Riwayat At-Tabarani)
“Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya.”(Riwayat Al-Hakim)
“Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).





Al-Quran Dekat Di Mata, Lekat Di Hati


Jujur.. Aku sangat malu melihat mereka yang lunak bacaan al-Qurannya.. Sedang mereka hafiz tapi aku sekadar hafal lagu.
# MUHASABAH :’(
Sungguh.. Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham maksud disebaliknya. Aku pula..
Aku pula hanya pemuda biasa.. Yang tersiul di bibir lagu-lagu HOT masa kini.. :’( Namun akanku istiqomah, menatap ayat-ayatMU setiap hari. Kerana, aku membesar dengan kalimahMU YA ALLAH.. Aku mengingatkan diriku dan semua yang membaca :
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.
KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengaralunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kisah Bau Kasturi & Zina


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia inginmelepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang. Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu denganbauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

Rasa Bersalah Atas Dosa Itu Anugerah Taubat


Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.
Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berfirman, maksudnya:
Wahai Anak Adam!
Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih)

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.
2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.
Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’, maksudnya:
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir, maksudnya:
Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

Maksudnya:
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi)
3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.
Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula. Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.
Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita. Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.
Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu. Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari. Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.
Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. (Ayat 54)
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
(Ayat 55)
SUMBER : sayangislam.com

Sahabat Sejati


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :




    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

P/S : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...