Sunday, December 23, 2012

❤¸¸.•* KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH *•.¸¸¸❤

Bismillah..Assalamualaikum w.b.t


❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫



★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..



★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫


Wednesday, December 19, 2012

Cinta itu Fitrah

Bismillah..Assalamualaikum w.b.t‎ 

[Cinta Itu Fitrah ] 

 Cinta itu umpama sebuah cahaya di hati, Yang menyuluhi hati kepada jalan hidayah.. 

 Namun setiap cahaya cinta itu sesekali tidak sama terang suluhanya...

 Cinta kepada keluarga, sahabat2 yang soleh, Para 'alim 'ulamak, ini semua boleh jadi sebab kepada hati itu disuluhi kepada petunjuk Allah s.w.t.. 

Ketahuilah bahawa yang terlebih menerangi hati itu yakni melebihi keterangan suluhannya berbanding yang lain iaitu Cinta Allah & Rasul... 

inilah cinta yang pasti mengembalikan diri kepada kebahagiaan yang hakiki, sebagaimana firmanya di dalam surah al-fajr : 28 "Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha & diredhai" 

 Adapun rasa cinta kepada perkara mungkar itu, sesekali tiada sedikit cahaya pun yang menerangi hati bahkan ianya lebih menggelapkan hati dari mengenal Tuhan & hakikat kehidupan ini..

 "Ya Allah, campakkanlah dalam hati ini suatu cinta yang datangnya dari petunjuk-Mu,sesekali bukan dari nafsu-ku yang tuli" Alhamdulillah {!:'}~ ~indah hati ini bila dikurnia akan Cinta sebagaimana Cinta yang dikurnia pada hati Habibuna Rasulullah s.a.w~


<pic dari doktorcinta blog>











Tuesday, December 4, 2012

Lau Samahti..

Photobucket



Orang yg banyak MEMINTA MAAF, 
tidak bererti die lebih banyak kesalahan.

Dia melakukannya kerana mahu mengurangkan beban bila pergi menghadap Allah.. =,)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...