Saturday, December 25, 2010

pppsssttt..pspppssstt..muslimin..30 tips utk anda


Sebagai LELAKI.. Pernahkah anda terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?
Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?


Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya...
Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita..
Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin...
INSYAALLAH SWT..

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa :

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya..
INSYAALLAH SWT..

Marilah kita selidiki kalau-kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan..
SUBHANALLAH..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda..Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik..
HUSNUL ZHON DENGAN SANG KHALIQ YA.. 

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri.. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri ..apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda???

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari..
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari??? Check it Out..

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat..Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah...Janganlah la pulak da balik kje tu,,Stokin bersepah..Baju longgok merata..Ciaaannn isteri kat umah tu..da penat sari suntok wat kje umah..

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan..Masa TRAFIC JAM tu..gunakanlah masa tu tuk gurau senda gn  isteri..Ni x..Meradang je sbb xleh sampai cepat kan..HHmmmm..

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri...NO KOMENNN......

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah..Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin.Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.Mana adil ???

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerjaRamai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam...INI PENTING..NAFKAH JANGAN DI BUAT MAIN2 YE..

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan..!!!!!!!!!!

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana???

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak..

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain..Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini...

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang..

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.???

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah

Sumber : LOVE LOVE ISLAM .COM

**********************************
HHhhhhhhmmmmm...Amacam Para Muslimin sekalian?
Rasa-rasa ada x dlam semua ke..ato pon ckit2 la sifat ni dalam diri anda???
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..

WALLAHUALAM..

Wednesday, December 22, 2010

LAICI BABI


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

http://www.halaljakim.gov.my/

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.



Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

anakmuaallaf 

Friday, December 17, 2010

Bahaya Kahwin Dengan Programmer???


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.                                                                     
                                                                            
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."                                                          

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?                  

Suami : Bad command or filename.                                          

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!                                                                      

Suami : Errorneous syntax. Abort?                                         

Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli          tv? Mana dia?                                 

Suami : Variable not found...                                             

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Mai kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.                      

Suami : Sharing Violation. Access denied...                               

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.                       

Suami : Too many parameters.. .                                            

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.                                                                   

Suami : Data type mismatch.                                               

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.                     

Suami : It's by Default.                                                  

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?                                 

Suami : File in use ... Try later.                                        

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?                                                                   

Suami : Unknown Virus..


TELUR REBUSKU...


Aku ada cerita ni...lawak juga...tapi jgn ketawa tau...Aku
baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa
aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku
memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur
rebus.Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba
kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik
lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai
makan tu...
ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.Sebelum
balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalanbalik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum
aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise'
untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam
yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai
ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba
buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab
perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise'
isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi
ada chance akupun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun
angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya
PRROOTTT!!...
fuhhh...bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...aku kipas
pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya
tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia
ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh.. lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.
. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku
sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata "SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!" dan suruh aku
buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari nile... camne
boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..
mulut ku terus melopong...

ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan.
Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.
:)

AKIBAT KUAT MAKAN....

Utamakan Keselamatan Anda!!!

JOM BACA!! MOGA TERHIBUR :)

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad 
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah 
untuk meminta derma. Derma untuk rumah 
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik 
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada 
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan 
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu 
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang 
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

======================================
Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. 
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================
Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda 
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak 
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu 
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin 
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah 
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

========================================
Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah 
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak 
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

========================================
Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : selamat pagi tuan
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

=========================================
Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah 
matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke 
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, 
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki 
itu dengan riang.

=========================================
Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang 
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin 
sedang menangis teresak-esak. Dia segera 
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah 
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

=========================================
Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk 
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan 
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab 
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan 
atok duduk dalam tong merah tu?"

========================================
Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah 
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga 
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat 
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat 
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, 
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula 
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit 
jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun 
tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil 
gambarnya!"


Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...