Thursday, December 2, 2010

5 sYAraT ?????

5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui
Ibrahim bin
Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku
gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
laranganNya? "

2."Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat,
jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan
tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala
laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3.Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah
tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah
tidak melihat kita?"

Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang
keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut
datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat
dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut
akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu
tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di
hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu
tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat
kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua’lam"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...