Friday, December 10, 2010

Minyak Petrol RON 95 Naik Lagi 5 Sen, Janji Apa Ni?

by STAFF BERITA SEMASA on DECEMBER 10, 2010
Dalam kata harga minyak RON 95 tak akan naik untuk tahun 2010 ini, akhirnya tepat pada tengah malam 4 Disember, harga minyak RON 95 dinaikkan sebanyak 5 sen iaitu dari harga RM 1.85 kepada RM 1.90. Apakah alasan kerajaan kali ini?
Alasan kerajaan kali ini adalah untuk memudahkan pengiraan subsidi.Ya, itulah di antara alasannya untuk kenaikan minyak RON 95 ini. Sungguh tidak kami sangka, untuk memudahkan kerajaan, kerajaan sanggup menyusahkan rakyat sekali lagi. Mungkin bagi mereka yang “berduit”, tidak akan terasa kenaikan sebanyak 5 sen, namun perlu diingat, kenaikan harga minyak akan menjadi alasan utama peniaga untuk menaikkan harga barang.
Yang paling kami kesalkan, adalah janji kerajaan yang mengumumkan tiada kenaikan untuk minyak petrol RON 95 untuk tahun ini pada 4 November, genap sebulan mereka memungkiri janji. Ibarat macam janji Hitler kepada Stalin. Tidak boleh diambil serius 100%. Apabila mereka katakan tiada kenaikan, bermakna ia akan berlaku sebaliknya.
Nasihat kami, sekiranya tidak boleh melaksanakan janji, jangan membuat kenyataan terlebih dahulu.Ini bukan sekali dua terjadi. Kami tidak faham mengapa kerajaan begitu berani menipu secara terang-terangan dalam isu ini. Mungkin mereka ingat rakyat tidak pernah peduli dan tidak cerdik.
Mungkin isu ini nampak kecil di mata anda, namun sebenarnya, ia mempunyai kesan terhadap keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah sekarang ini.Cubalah kembalikan keyakinan rakyat.Ingat kembali slogan anda, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jangan hanya menjadi perkataan tanpa makna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...