Thursday, December 2, 2010

Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville



Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.
Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.
Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.
Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?
Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parentingdalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.

Nak dibuka cerita terkejut jugak saya bila terbaca cerita ni. Dimana sikap penyayang dalam diri seorang ibu erk? Hanya kerana Farmville sanggup membunuh anak. Tapi lah kan, saya pernah jugak try bermain game ni memang betul-betul melalaikan sebab game ni kita berlumba-lumba nak menjadi seorang petani yang berjaya dan kaya lebih-lebih lagi ada ladang yang besar. Syukur sangat-sangat kepada ALLAH coz ada jugak kesedaran dalam diri ni tuk berhenti main farmville maklumlah masa tu memang da dekat dengan TRIAL SPM dan sampai sekarang da tak bermain game tu dan lain-lain game. Sebagai pengajaran x payah la sibuk-sibukkan diri dengan perkara yang tak berfaedah yep. Ingatlah Firman ALLAH dalam surah AL'ASR :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...