Monday, October 29, 2012

Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal


Assalamualaikum w.b.t.
Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis tudung pelik di Malayisa). Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)
Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.
Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia


Assalamualaikum w.b.t.
8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia | Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyentudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudungmenarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Nasi Lemak

Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka

Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana

Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput


Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis

Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

8. Tudung Muslimah

Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

Puisi Syahdu Seorang Lelaki (Menarik!)

Assalamualaikum w.b.t



Melayukini.net – Puisi Syahdu Seorang Lelaki (Menarik!) | Lelaki dilahirkan dengan pelbagai tanggungjawab. Tetapitanggungjawab terbesar bagi seorang lelaki mahupun seroang perempuan adalah untuk menjadi seorang khalifah dan hamba kepada Allah di muka bumi ini. Mari kita hayati sebuah sajak, atau puisi atau karya tentang syahdu seorang lelaki yang insyaAllah akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Gambar hiasan (google.com.my)
Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya..

Sunday, October 28, 2012

Rindu Terubat

Alhamdulillah. Lepas je solat raya Aidiladha pertama kalinya ma bak n family bertolak ke Melaka. Disebabkan ak tak balik (tiket kehabisan :') ) je sanggup mai ke sini. Memang dah lama rasanya x menatap muka mereka. Ya Allah bahagianya rasa menanti kehadiran mereka. Apatah lagi setelah mereka sampai. Aku menyambut mereka dengan senyuman, hati melonjak bahagia kerana mereka lah yang selalu ak rindu mereka lah yang selalu ak doakan kesejahteraan ketabahan yang kadang-kadang membuatkan ak sangat kagum akan mereka. Ak nak jadi anak yang soleh :'). Ma Bak percayalah semua ini ujian dari Allah. Mendidik dan mentarbiah anak-anak itu senang tapi kerana ujian dariNYA itu menjadikan lebih susah. Ujian adalah merupakan bahawa Allah s.w.t sangat merindui doa dari hamba-hambanya supaya tidak pernah putus berdoa kepadaNYA. Sesungguhnya Allah merindui doamu. Ak juga tidak pernah putus mendoakan agar ujian ini berubah kepada kebahagiaan. Ak percaya jika Allah katakan 'KUN FAYAKUN' maka jadi, jadilah ia. Percayalah makin berumur makin banyak ujianNYA. Tabahlah. Ak sentiasa dibelakangmu mendoakanmu. Innallaha maana. :') 

wassalam dari anakandamu sue.. 


Berbuat Baik Melapangkan Hati

Assalamualaikum w.b.t....

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Aisyah r.a meriwayatkan :

Seorang wanita miskin bersama kedua anaknya mendatangiku.
Dia memberikan masing2 kurma kepada anaknya , dan memasukkan sebutir lagi ke dalam mulutnya untuk dimakan.

Namun anaknya meminta kurma itu , maka dia membahagi dua biji kurma yg akan dimakannya tersebut.

Aku begitu takjub dengan prilaku wanita itu , dan aku menyebutkan hal itu dihadapan Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah Shalallahu ala'ihi wasalam bersabda : ''Sesungguhnya Allah Shubhanna wa ta'alla telah menganugerahkan syurga kepadanya karena perbuatannya itu dan telah membebaskannya dari api neraka.

Lalu Ummu Salamah r.a bertanya pada Rasulullah SAW , Apakah aku mendapatkan pahala dengan berinfak kepada anak-anakku dari Abu Salamah , karena aku tidak mungkin meninggalkan mereka seperti ini , sesungguhnya mereka juga anak-anakku ?

Rasulullah SAW menjawab : Ya ''

Karena Agama kita Islam menganjurkan pengikutnya untuk berbuat kebaikan dan berkasih sayang terhadap keluarga dan kerabat , serta menanam cinta kasih di dalam masyarakat agar tumbuh muslimin muslimat yang soleh dan solehah.

Maka Allah Shubhanna wa ta'alla berfirman ” Padahal tidak ada seorang pun memberi suatu kenikmatan kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi ( dia memberi itu semata – mata ) karena mencari keredhaan Rabb-nya Yanya Maha Tinggi. Dan kelak dia benar – benar mendapat kepuasan. ( QS. Al – Lail : 19 – 21).

Wallahu A'llam bishowab......

Sahabatku fillah mari kita tanamkan kebaikan walau sebesar biji sawi....
InsyaAllah sangat bermanfaat dan berkah....Aamiiin...



Tuesday, October 16, 2012

BUATMU MUSLIMAH

Assalamualaikum Warahmatullahiwabakatuh..Salam cinta Salam rindu Salam mahabbah..=)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Lama sungguh rasanya tak meng-update blog ni..maaflah kawan-kawan su ni memang banyak blog tapi blog sebelum-sebelum nya terlupa passwood..hm..yang kene hack pom ada..

disaat kehujanan membasahi bumi..disaat keredutan cuaca melingkari bumi..aiwah..terasa ingin bermadah je..

Buatmu muslimah..

"Kamu menjadi sebutir mutiara bergemelapan. Berada Di dasar lautan terdalam. Tersimpan rapi dilindungi kulit. Bukan senang untuk dilihat. Apa lagi untuk mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah. Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya. Harganya mahal sekali. Dan ia tersimpan selamanya..."

Teringat kata-kata dari akh Jimmy..(^_^)

"Wahai mawar, peliharalah kelopak-kelopakmu sebaik-baiknya, agar wangiannya dapat dihidu oleh pemilik taman-taman hati yang ikhlas buatmu."

P/S jagalah dirimu sebaik-baiknya..berpeganglah pada prinsip Islami..Islam tak pernah nak menghukum..sedangkan itu memang fitrah insani..Kan Allah dah berjanji..Laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik..insyallah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..banyakkan berdoa dekatkan diri pada Allah..Allah adalah cinta teragung kita..minta lah padaNYA yang Maha Berkasih..(^_^)

Kadang-kadang diri ni perlu cemburu tau. Cemburu melihat orang yang lebih baik pada kita. Itulah cemburu yang terbaik. Cemburulah kerana Allah. Bukan cemburu yang mendatangkan amarah tapi cemburu yang boleh mengubahkan diri kita menjadi baik.



"Perempuan ini mahal, maka mahalkanlah diri kamu.."


Mahal di sini bukan bermaksud kita PERLU jalan tunduk bawah dan langsung tidak bercakap dengan lelaki. Boleh, selagi ia tidak langgar syara' dan kita bercakap atas sebab PERLU.



PERLU itu pula sangat berbeza dengan MAHU. ^^



ok..time untuk buat thermo pulak..ku tinggalkan akhir kata dengan kata-kata..moga bermanfaat 


Wahai kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja

Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
Menjadi ‘izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun

Duhai adikku
Lembut wanita bukan lemah
Tetapi senjata

Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah adikku dengar
Pesanan Ilahi pada hambaNYA?
‘Wahai lelaki2 yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu & tutupkanlah auratmu’

Pada siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya

& tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah kehormatannya
Bukan fitnah semata2
Jikalau ar rijal & an nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu
Lebih baik dari ribuan lalaki yang soleh

Tetapi kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang
Al Haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
& al haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu,indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al haya’ itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri meraka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai2lah engkau menilai
Antara permata & debu2 kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan diirmu
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

SEKIAN WASSALAM..=)


Kehebatan Doa

Sabda Rasulullah s.a.w: " Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat" (Ad-Dailami)

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang, dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

" Wahai Rabb yang Maha Mengetahui, menga...pa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememang-memangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah  menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya Malaikat.

"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb , adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-KU. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirku." Demikian Allah menjelaskan..

Pengajaran daripada cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk mengubah nasib kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...