Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Lama sungguh rasanya tak meng-update blog ni..maaflah kawan-kawan su ni memang banyak blog tapi blog sebelum-sebelum nya terlupa passwood..hm..yang kene hack pom ada..
disaat kehujanan membasahi bumi..disaat keredutan cuaca melingkari bumi..aiwah..terasa ingin bermadah je..
Buatmu muslimah..
"Kamu menjadi sebutir mutiara bergemelapan. Berada Di dasar lautan terdalam. Tersimpan rapi dilindungi kulit. Bukan senang untuk dilihat. Apa lagi untuk mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah. Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya. Harganya mahal sekali. Dan ia tersimpan selamanya..."
Teringat kata-kata dari akh Jimmy..(^_^)
"Wahai mawar, peliharalah kelopak-kelopakmu sebaik-baiknya, agar wangiannya dapat dihidu oleh pemilik taman-taman hati yang ikhlas buatmu."
P/S jagalah dirimu sebaik-baiknya..berpeganglah pada prinsip Islami..Islam tak pernah nak menghukum..sedangkan itu memang fitrah insani..Kan Allah dah berjanji..Laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik..insyallah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..banyakkan berdoa dekatkan diri pada Allah..Allah adalah cinta teragung kita..minta lah padaNYA yang Maha Berkasih..(^_^)
Kadang-kadang diri ni perlu cemburu tau. Cemburu melihat orang yang lebih baik pada kita. Itulah cemburu yang terbaik. Cemburulah kerana Allah. Bukan cemburu yang mendatangkan amarah tapi cemburu yang boleh mengubahkan diri kita menjadi baik.
"Perempuan ini mahal, maka mahalkanlah diri kamu.."
Mahal di sini bukan bermaksud kita PERLU jalan tunduk bawah dan langsung tidak bercakap dengan lelaki. Boleh, selagi ia tidak langgar syara' dan kita bercakap atas sebab PERLU.
PERLU itu pula sangat berbeza dengan MAHU. ^^
ok..time untuk buat thermo pulak..ku tinggalkan akhir kata dengan kata-kata..moga bermanfaat
Wahai
kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja
Wahai
adikku
Bukan wanita itu lemah dek
kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah wahai
adikku
Kekuatan bisa meleburkan
ego seorang lelaki
Menjadi ‘izzah yang paling
gah
Bahkan lebih gah dari
egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari
kekejaman Firaun
Duhai
adikku
Lembut wanita bukan lemah
Tetapi senjata
Namun
wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia
Pernahkah
adikku dengar
Pesanan Ilahi pada
hambaNYA?
‘Wahai lelaki2 yang
beriman
Tundukkanlah pandanganmu
& tutupkanlah auratmu’
Pada
siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar
ar-rijal
Kerana andai si lelaki
menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin
terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya
&
tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah
kehormatannya
Bukan fitnah semata2
Jikalau ar rijal & an
nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu
Sesungguhnya
wanita yang beriman yang solehah itu
Lebih baik dari ribuan
lalaki yang soleh
Tetapi
kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu
Wahai
adikku sayang
Al Haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap
insan
Wujudnya seiring dengan
nafas insani
& al haya’ itulah
pakaian iman
Pada diri wanita itu,indah
al haya’ sebagai pembenteng diri
Namun
Bila mana al haya’ itu
lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri
menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya
paranoid
Merasakan diri belum cukup
menarik
Mereka sebenarnya yang
kalah dari segi psikologi
Namun
adikku
Wanita solehah itu pasti
melindungi diri meraka
Dari perbuatan murahan itu
Wahai
adikku
1001 keindahan penciptaan
wanita
Pandai2lah engkau menilai
Antara permata & debu2
kilauan pasir
Wahai
adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang
hadir memetikmu
& janganlah engkau
sekali2 merendahkan diirmu
Menggugurkan
diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau
sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..
SEKIAN WASSALAM..=)
No comments:
Post a Comment