Friday, December 17, 2010

TELUR REBUSKU...


Aku ada cerita ni...lawak juga...tapi jgn ketawa tau...Aku
baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa
aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku
memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur
rebus.Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba
kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik
lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai
makan tu...
ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.Sebelum
balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalanbalik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum
aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise'
untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam
yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai
ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba
buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab
perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise'
isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi
ada chance akupun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun
angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya
PRROOTTT!!...
fuhhh...bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...aku kipas
pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya
tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia
ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh.. lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.
. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku
sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata "SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!" dan suruh aku
buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari nile... camne
boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..
mulut ku terus melopong...

ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan.
Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.
:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...