Jujur.. Aku sangat malu melihat mereka yang lunak bacaan al-Qurannya.. Sedang mereka hafiz tapi aku sekadar hafal lagu.# MUHASABAH :’(
Sungguh.. Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham maksud disebaliknya. Aku pula..
Aku pula hanya pemuda biasa.. Yang tersiul di bibir lagu-lagu HOT masa kini.. :’( Namun akanku istiqomah, menatap ayat-ayatMU setiap hari. Kerana, aku membesar dengan kalimahMU YA ALLAH.. Aku mengingatkan diriku dan semua yang membaca :
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengaralunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
No comments:
Post a Comment