Wednesday, February 27, 2013

Andai nafas belum berakhir

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah masih diberi nafas olehNYA untuk melayari bahtera-bahtera kehidupan. Sebagai student mesti sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah mahupun guru-guru bagi yang masih dibangku sekolah. Yang bekerja mesti sibuk dengan kerja tapi itulah kita sebagai manusia mempunyai tanggungjawab dalam melayari kehidupan. Tanggungjawab yang ingin kita penuhi untuk terus menjalani kehidupan. Ingat disamping kita mengejar duniawi, keredhaan adalah yang utama untuk kita capai dan genggam sepenuhnya. Allah amat merindui rintihan hambaNYA. Adakah kita sempat bermunajat dan muhasabah kepada Allah Yang Esa? Sempatkah kita? Allah telah menciptakan bulan untuk menerangi malam yang gelita. Allah telah menciptakan matahari untuk menerangi siang. Semua itu telah diatur oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Bersyukurlah pada Allah , samaada kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk melayari layar kehidupan ini dengan bagaimana. Andai baik perbuatan kita baiklah kita. Andai buruk perbuatan kita buruklah segalanya. Tapi Allah itu Maha Pengampun. Jangan mudah terleka dengan duniawi, carilah ukhrawi nan kekal abadi. MasyaAllah. Adakala bulan menerangi, jadilah hamba yang yang sentiasa merintih rindukan Illahi. Bagaimanakah caranya? Qiamullai lah. Andai matahari menerangi, laksanakanlah tanggungjawab yang sepatutnya. Ya Allah, cintaMu sungguh tidak mengecewakan. ='(

Ingin aku jadi seperti Rabiatul Adawiyah yang sentiasa merintih kerana cintaMU. Yang hatinya sentiasa bertaut pada cintaMU. Ibadah nya bukan diharapkan balasan syurga tapi kerana cintaMU YA RABB.
Betapa sucinya hati Rabiah..Subhanallah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...